Monday, January 07, 2008

Permulaan Semangat Baru

Tahun ni umur aku dah mencecah 32 tahun, sudah tua rupanya aku ni. Tapi aku masih terawang-awangan semacam aku masih berumur 25 tahun. Hidup dilihat secara zahirnya nampak bahagia tetapi hakikat sebenarnya masalah kewangan menjadi pengiring hidup sehingga kini. Aku mempunyai seorang isteri yang cantik dan baik. Mempunyai 3 orang anak yang comel. Mempunyai sebuah rumah semi-D, mempunyai dua biji kereta, savvy dan kancil. Tapi ini kah hakikat yang mengatakan aku telah hidup senang. Sebaliknya aku masih dibelenggu masalah hutang. Hutang kad kredit mencecah 22K, hutang bank, hutang JPA, hutang kawan dan macam2 lagi hutang yang ada. Bagaimana aku nak mengakhiri semua ini?

Tahun ini aku telah memasang matlamat untuk berusaha menghapuskan hutang-hutang ni. Paling kurang aku mahu ia dapat dikurangkan supaya aku dapat lari jauh dari pengiring setia ku ini. Apa yang perlu aku buat?. Kita manusia hanya mampu merancang, oleh itu aku harus lah merancang sesuatu. Lebih baik merancang dari duduk tidak membuat apa-apa.

Untuk tahun ini beberapa perancangan telah aku catatkan:

  1. Menukar loan rumah kepada loan kerajaan yang memberi hanya 4% interest untuk setahun. Sebulan aku akan membayar hanya RM850
  2. Menyimpan di dalam ASB. KWSP isteri mungkin akan dapat dikeluarkan pada Apr 2008-RM14K. KWSP aku mungkin dapat dikeluarkan pada Ogos 2008-RM18K. Total ASB aku adalah RM32K diakhir tahun.
  3. Membuat Overdraft menggunakan sijil ASB bertujuan untuk memaksa diri ini menyimpan sebanyak yang boleh.
  4. Menyelesaikan hutang kad kredit sebanyak yang boleh.
  5. Membeli rumah lelong di KL untuk dijadikan rumah sewa.
Aku akan cuba untuk mencapainya.........

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home