Sunday, November 16, 2008

Saham...adakah berbaloi....

Aku masih dalam dilema. Ada rakan seperjuangan mengajak untuk membuat Personal Loan untuk membeli saham yang dikategorikan do bawah nilai untuk di simpan. Saham yang dimaksudkan adalah IOI dan TM.

Kalau dilihat memang murah harga saham ni sekarang.Tapi aku dalam dilema untuk menerima pelawaaan ini. Aku masih lagi menimbang ajakan dari rakan ku itu.

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati

Semalam sewaktu aku sibuk mengajar di OUM, aku menerima berita abang sepupu ku meninggal. Berita yang mengejutkan aku kerana dia sihat je sebelum ni. MAcam tak percaya di pergi di usia yang masih muda dengan mak bapaknya yang masih hidup.

Dia hanya mengadu sakit dada sahaja sebelum di pergi buat selamanya. Meninggalkan anak yang masih sekolah dan seorang isteri. Perkara ini betul2 menginsafkan aku. Mungkin tabiat dia yang suka perokok dan pemakanan yang tak dijaga. Aku ni pun sama, pagi sarapan roti canai, lepas makan terus berasap. Kalau jadi apa2 pada aku, dengan hutang yang banyak, macam mana la nasib anak dan isteriku nanti. Sesuatu mesti dilakukan untuk mengubah tabiat aku ni. Akan aku usaha kan..jangan cakap je...hehe

Hampir Setahun Berlalu

Dah lama aku tak jenguk blog aku ni. Hari ni baru dapat jengok. Bukan pasal sibuk, tapi sebab malas..hehe. Itu la sifat buruk yang pasti ada dalam diri manusia ni, termasuk la aku ni.

Tapi tak apa la, aku kena semangat balik untuk menghidupkan blog aku ni. Asyik baca blog orang je. Baca blog orang memang seronok, kita tahu dan dapat guna pengalaman orang. Tapi pengalaman aku ni aku tak kongsi lak..hehe. Aku akan cuba kongsi pengalaman aku ni dan juga aku nak jadikan pengalaman aku sebagai pengajaran untuk kehidupan yang lebih aman untuk masa hadapan.

Kehidupan aku masih seperti dulu lagi. Hutang masih banyak lagi. Tapi yang bestnya, aku sudah dapat menyediakan peralatan untuk membina tools untuk mengurangkan seterusnya menghapskan hutang aku ni. Skang ni aku dalam proses mohon OD sebab dalam ASB aku dah ada 18K...sijil pun dah buat dah ni. Aku dah apply untuk OD islamik di maybank. Dah seminggu lebih dah ni, tapi tak ada berita, sebab OD islamik ni masih baru lagi, staf maybank pun terkapai-kapai lagi, aku lak lagi tahu dari dorang. Hari ni atau esok aku nak mohon juga di RHB. Untuk back up, mana la tau kat maybank tu tak lepas lak kan.

Petang ni ada kerja pulak, tak dapat nak menguruskan hal OD ni kat RHB, so kena la gi besok kan. Tapi tak apa la, yang penting aku bergerak untuk mengubah kehidupan aku sekeluarga.

Monday, February 04, 2008

Cuti Raya Cina.....

Hari ni aku ambil half day nak balik kampung bini di negeri sembilan. Untuk cuti raya cina ni aku nak habiskan masa di kampung wife aku dan juga di kampung ku. Nampaknya untuk cuti ni kena bagi dua la, supaya lebih adil untuk aku dan isteri.

Cerita pasal cuti dan balik kampung ni, tak dapat lari nak kena keluarkan belanja. Nampaknya terpaksala ubahsuai sikit belanja bulan ni. Sebab untuk belanja bulan ni aku masih belum masukkan peruntukan untuk balik kampung. Tapi untuk bulan ni kau dah simpan RM200 dalam ASB. Dan dijangkakan ada balance RM150. Duit ni la untuk aku backup nanti mana yang berlubang tu. Harapnya untuk perancangan perbelanjaan bulan ni dapat dibuat seperti yang dirancang.

Plan aku bila balik ke kampung di selayang ni, aku nak servey rumah untuk dijual atau dilelong. Bukan apa sebelum aku buat invesment dalam property ni, aku nak biasakan dulu la berjalan-jalan tengok rumah yang ada disekitar tu. Mana tau ada rezeki aku dapat peluangkan. Rezeki ni kekadang kita tak dapat jangka untuk datang kan. Tu yang kena baca ayat SERIBU DINAR banyak-banyak tu.

Yang penting cuti ni aku nak bagi keluarga aku happy. Nak bagi anak-anak aku lihat dunia luar. Asyik tegok rumah je, tu yang anak-ak aku boring agaknya. Tu yang asyik gaduh-gaduh jer. Apa pun yang penting perjalanan aku ke kampung diharap selamat pergi dan balik...AMIN

Wednesday, January 30, 2008

Penantian Satu Penyeksaan

Seminggu lebih aku tak menulis di blog aku ni. Sepanjang minggu tu aku asyik memikirkan tentang perancangan aku untuk melaksanakan ASBOD. Tapi apa kan daya kau masih tidak dapat melaksanakannya kerana masih menunggu duit KWSP. Betul la seperti orang kata ..penantian satu penyeksaan.. Segala apa yang aku rancang semua hanya dapat dilaksanakan di atas kertas sahaja. Aku banyak bermain dengan excel untuk melihat apa yang aku dapat menggunakan ASBOD ini dalam 10 dan 2 tahun akan datang. Rupanya banyak kelebihan OD yang boleh digunakan. Cuma aku berharap OD RHB masih kekal dengan BLR+0%. Semoga RHB tidak menaikkan kadar interestnya tahun ni.

Perancangan untuk menukar pinjaman perumahan kepada pinjaman kerajaan terpaksa ditangguhkan kerana memerlukan duit permulaan untuk membayar duit penilaian rumah dan duit proses borang. Jika ada rezeki dapat bonus, aku akan cuba untuk meneruskan pertukaran ke pinjaman kerajaan.

Aku sekarang ni hanya memulakan langkah dengan mencatatkan perbelanjaan harian ku sekeluarga secara detail. Bulan lepas aku bermula pada pertengahan bulan, dan aku nampak kemana duit ku dibelanjan kan.

Untuk bulan Feb, aku menyimpan RM200 sahaja ke ASB isteriku. Inilah simpanan pertama ku sejak baru perkahwinan 4 tahun lalu. Aku akan cuba sedaya upaya ku untuk meneruskan simpanan. Untuk berbuat begini, aku terpaksa berkeras sedikit kepada isteri ku. Aku perlu buat begini kerana banyak kesilapan aku terlalu mengikut kehendak isteri ku. Cukup la wahai isteri ku...marilah kita bermula hidup baru untuk mencapai kebebasan hutang dan hidup dalam ketenangan tanpa hutang.

Monday, January 14, 2008

Masih Mencari........

Seminggu dua ini aku masih lagi mengkaji teantang kegunaan OD dan juga simpanan ASB. Penat duduk di depan komputer membuat simulasi simpanan di ASB dan juga OD. Dari apa yang terhasil melalui simulasi di dalam excel, memberi semangat kepada aku untuk menjayakan cita-citaku untuk membuat simpanan yang semaksimum mungkin pada tahun ini.

Cuma kekangan aku kini adalah modal. Terlalu seksa rasanya menunggu modal. Aku betul-betul mengharapkan duit KWSP untuk dijadikan modal menjayakan misi ku untuk membuat simpanan.

Buat masa ini, aktiviti ke lebih kepada membaca forum-forum yang ada di internet. Forum lebih kepada Pengurusan Kewangang yang betul. Antara forum yang menjadi keutamaan aku adalah urusinsan dan juga bicara jutawan. Selain itu aku banyak menghabiskan masa membaca bagaiman mencebur diri dalam Pelaburah Hartanah. Persiapan yang boleh aku lakukan hanyalah dari segi teori sahaja sekarang ini. InsyaAllah, apabila modal aku telah ada, aku akan bermula dengan kadar segera.

Sekarang ni aku juga sibuk nak menukar loan rumah ke loan kerajaan. Mungkin aku tak dapat duit hasil dari pertukaran loan ni. Jika dapat mengurangkan bayaran bulanan pun sudah cukup bagus kerana ia akan memberi kuasa yang lebih kepadaku untuk ..membuat simpanan yang lebih.

Harapanku, aku akan terus meneruskan perjalanan yang baru bermula ini. Aku mahu terus bergerak ke hadapan walaupun aku tahu banyak halangan yang akan menjelma. Aku harus selalu ingat kata Robert Kiyosaki

as your cash flow grows, you can buy some luxuries. An important distinction is that rich people buy luxuries last, while the poor and middle class tend to buy luxuries first. The poor and middle class tend to buy luxuries such as big houses, diamonds, furs, jewelry or boats because they want to look rich. They look rich, but in reality they just get deeper in debt on credit.

Monday, January 07, 2008

Permulaan Semangat Baru

Tahun ni umur aku dah mencecah 32 tahun, sudah tua rupanya aku ni. Tapi aku masih terawang-awangan semacam aku masih berumur 25 tahun. Hidup dilihat secara zahirnya nampak bahagia tetapi hakikat sebenarnya masalah kewangan menjadi pengiring hidup sehingga kini. Aku mempunyai seorang isteri yang cantik dan baik. Mempunyai 3 orang anak yang comel. Mempunyai sebuah rumah semi-D, mempunyai dua biji kereta, savvy dan kancil. Tapi ini kah hakikat yang mengatakan aku telah hidup senang. Sebaliknya aku masih dibelenggu masalah hutang. Hutang kad kredit mencecah 22K, hutang bank, hutang JPA, hutang kawan dan macam2 lagi hutang yang ada. Bagaimana aku nak mengakhiri semua ini?

Tahun ini aku telah memasang matlamat untuk berusaha menghapuskan hutang-hutang ni. Paling kurang aku mahu ia dapat dikurangkan supaya aku dapat lari jauh dari pengiring setia ku ini. Apa yang perlu aku buat?. Kita manusia hanya mampu merancang, oleh itu aku harus lah merancang sesuatu. Lebih baik merancang dari duduk tidak membuat apa-apa.

Untuk tahun ini beberapa perancangan telah aku catatkan:

  1. Menukar loan rumah kepada loan kerajaan yang memberi hanya 4% interest untuk setahun. Sebulan aku akan membayar hanya RM850
  2. Menyimpan di dalam ASB. KWSP isteri mungkin akan dapat dikeluarkan pada Apr 2008-RM14K. KWSP aku mungkin dapat dikeluarkan pada Ogos 2008-RM18K. Total ASB aku adalah RM32K diakhir tahun.
  3. Membuat Overdraft menggunakan sijil ASB bertujuan untuk memaksa diri ini menyimpan sebanyak yang boleh.
  4. Menyelesaikan hutang kad kredit sebanyak yang boleh.
  5. Membeli rumah lelong di KL untuk dijadikan rumah sewa.
Aku akan cuba untuk mencapainya.........