Wednesday, January 30, 2008

Penantian Satu Penyeksaan

Seminggu lebih aku tak menulis di blog aku ni. Sepanjang minggu tu aku asyik memikirkan tentang perancangan aku untuk melaksanakan ASBOD. Tapi apa kan daya kau masih tidak dapat melaksanakannya kerana masih menunggu duit KWSP. Betul la seperti orang kata ..penantian satu penyeksaan.. Segala apa yang aku rancang semua hanya dapat dilaksanakan di atas kertas sahaja. Aku banyak bermain dengan excel untuk melihat apa yang aku dapat menggunakan ASBOD ini dalam 10 dan 2 tahun akan datang. Rupanya banyak kelebihan OD yang boleh digunakan. Cuma aku berharap OD RHB masih kekal dengan BLR+0%. Semoga RHB tidak menaikkan kadar interestnya tahun ni.

Perancangan untuk menukar pinjaman perumahan kepada pinjaman kerajaan terpaksa ditangguhkan kerana memerlukan duit permulaan untuk membayar duit penilaian rumah dan duit proses borang. Jika ada rezeki dapat bonus, aku akan cuba untuk meneruskan pertukaran ke pinjaman kerajaan.

Aku sekarang ni hanya memulakan langkah dengan mencatatkan perbelanjaan harian ku sekeluarga secara detail. Bulan lepas aku bermula pada pertengahan bulan, dan aku nampak kemana duit ku dibelanjan kan.

Untuk bulan Feb, aku menyimpan RM200 sahaja ke ASB isteriku. Inilah simpanan pertama ku sejak baru perkahwinan 4 tahun lalu. Aku akan cuba sedaya upaya ku untuk meneruskan simpanan. Untuk berbuat begini, aku terpaksa berkeras sedikit kepada isteri ku. Aku perlu buat begini kerana banyak kesilapan aku terlalu mengikut kehendak isteri ku. Cukup la wahai isteri ku...marilah kita bermula hidup baru untuk mencapai kebebasan hutang dan hidup dalam ketenangan tanpa hutang.

Monday, January 14, 2008

Masih Mencari........

Seminggu dua ini aku masih lagi mengkaji teantang kegunaan OD dan juga simpanan ASB. Penat duduk di depan komputer membuat simulasi simpanan di ASB dan juga OD. Dari apa yang terhasil melalui simulasi di dalam excel, memberi semangat kepada aku untuk menjayakan cita-citaku untuk membuat simpanan yang semaksimum mungkin pada tahun ini.

Cuma kekangan aku kini adalah modal. Terlalu seksa rasanya menunggu modal. Aku betul-betul mengharapkan duit KWSP untuk dijadikan modal menjayakan misi ku untuk membuat simpanan.

Buat masa ini, aktiviti ke lebih kepada membaca forum-forum yang ada di internet. Forum lebih kepada Pengurusan Kewangang yang betul. Antara forum yang menjadi keutamaan aku adalah urusinsan dan juga bicara jutawan. Selain itu aku banyak menghabiskan masa membaca bagaiman mencebur diri dalam Pelaburah Hartanah. Persiapan yang boleh aku lakukan hanyalah dari segi teori sahaja sekarang ini. InsyaAllah, apabila modal aku telah ada, aku akan bermula dengan kadar segera.

Sekarang ni aku juga sibuk nak menukar loan rumah ke loan kerajaan. Mungkin aku tak dapat duit hasil dari pertukaran loan ni. Jika dapat mengurangkan bayaran bulanan pun sudah cukup bagus kerana ia akan memberi kuasa yang lebih kepadaku untuk ..membuat simpanan yang lebih.

Harapanku, aku akan terus meneruskan perjalanan yang baru bermula ini. Aku mahu terus bergerak ke hadapan walaupun aku tahu banyak halangan yang akan menjelma. Aku harus selalu ingat kata Robert Kiyosaki

as your cash flow grows, you can buy some luxuries. An important distinction is that rich people buy luxuries last, while the poor and middle class tend to buy luxuries first. The poor and middle class tend to buy luxuries such as big houses, diamonds, furs, jewelry or boats because they want to look rich. They look rich, but in reality they just get deeper in debt on credit.

Monday, January 07, 2008

Permulaan Semangat Baru

Tahun ni umur aku dah mencecah 32 tahun, sudah tua rupanya aku ni. Tapi aku masih terawang-awangan semacam aku masih berumur 25 tahun. Hidup dilihat secara zahirnya nampak bahagia tetapi hakikat sebenarnya masalah kewangan menjadi pengiring hidup sehingga kini. Aku mempunyai seorang isteri yang cantik dan baik. Mempunyai 3 orang anak yang comel. Mempunyai sebuah rumah semi-D, mempunyai dua biji kereta, savvy dan kancil. Tapi ini kah hakikat yang mengatakan aku telah hidup senang. Sebaliknya aku masih dibelenggu masalah hutang. Hutang kad kredit mencecah 22K, hutang bank, hutang JPA, hutang kawan dan macam2 lagi hutang yang ada. Bagaimana aku nak mengakhiri semua ini?

Tahun ini aku telah memasang matlamat untuk berusaha menghapuskan hutang-hutang ni. Paling kurang aku mahu ia dapat dikurangkan supaya aku dapat lari jauh dari pengiring setia ku ini. Apa yang perlu aku buat?. Kita manusia hanya mampu merancang, oleh itu aku harus lah merancang sesuatu. Lebih baik merancang dari duduk tidak membuat apa-apa.

Untuk tahun ini beberapa perancangan telah aku catatkan:

  1. Menukar loan rumah kepada loan kerajaan yang memberi hanya 4% interest untuk setahun. Sebulan aku akan membayar hanya RM850
  2. Menyimpan di dalam ASB. KWSP isteri mungkin akan dapat dikeluarkan pada Apr 2008-RM14K. KWSP aku mungkin dapat dikeluarkan pada Ogos 2008-RM18K. Total ASB aku adalah RM32K diakhir tahun.
  3. Membuat Overdraft menggunakan sijil ASB bertujuan untuk memaksa diri ini menyimpan sebanyak yang boleh.
  4. Menyelesaikan hutang kad kredit sebanyak yang boleh.
  5. Membeli rumah lelong di KL untuk dijadikan rumah sewa.
Aku akan cuba untuk mencapainya.........